KHAS UNTUK EYRA

KONSEP KOMPUTER RANGKAIAN (NETWORKING COMPUTER)

DISEDIAKAN OLEH: ROBIJA

DEFINISI RANGKAIAN KOMPUTER

Merupakan sistem penyambungan antara dua komputer atau lebih dengan perkakasan dan perisian yang sesuai. Semua komputer ini dihubungkan dalam bentuk jaring-jaring yang dikenali sebagai rangkaian atau network.

TUJUAN KOMPUTER RANGKAIAN

Rangkaian komputer membolehkan pemprosesan sendiri dan selari dijalankan serta membolehkan maklumat, data, perisian, peranti simpanan kekal yang besar dan pencetak dikongsi bersama oleh semua komputer dalam rangkaian ini.

 

JENIS KOMPUTER RANGKAIAN

1. Rangkaian Kawasan Luar - Wider Area Network (WAN)

WIDER AREA NETWORK (WAN) - Merupakan rangkaian/perhubungan antara satu komputer dan komputer yang lain, meliputi suatu kawasan yang besar seperti sebuah bandar atau negara dengan menggunakan talian telefon atau komunikasi satelit. Contoh Internet phone.

2. Rangkaian Kawasan Setempat - Local Area Network (LAN)

LOCAL AREA NETWORK (LAN) - Merupakan rangkaian/perhubungan antara satu komputer dan komputer yang lain, meliputi suatu kawasan yang kecil seperti sebuah bilik atau bangunan dengan menggunakan kabel. Ia merupakan komputer rangkaian yang popular dan sering digunakan.

 

CIRI-CIRI KOMPUTER RANGKAIAN

1. Setesyen-kerja disambungkan antara satu sama lain (termasuk pelayan-fail) melalui saluran rangkaian yang membenarkan kadar pemindahan data yang tinggi. Saluran rangkaian bertindak seakan-akan "lebuhraya" bersama. Komputer yang didedikasikan memain peranan menyimpan data/fail dan program applikasi dinamakan pelayan-fail. Kadangkala berfungsi menyediakan kemudahan cetakan.

2. Setiap stesyen-kerja mempunyai pemprosesmikro dan storan utamanya sendiri. Juga, kemungkinan disambungkan satu pencetak ke stesyen-kerja tadi yang dianggap tempatan kepada stesyen itu sahaja. Dengan cara ini, sistem LAN masih membenarkan kesemua stesyennya berfngsi, walaupun pelayan-fail rosak ataupun servisnya tidak diperlukan.

3. Merangkaikan beberapa stesyen dan peranti-peranti lain dengan pelayan-fail. Pelayan-fail akan menyimpan program- program sistem, pakej-applikasi, data dan sebagainya. Mana -mana stesyen boleh meminta salinan pakej tertentu ke terminalnya.

4. Pengguna yang berlainan boleh menggunakan set data yang serupa pada satu masa dengan memasukkan data itu ke dalam storan pemacu-keras pelayan fail.

5. Pelayan-fail kedua oleh diwujudkan bagi membantu tugas cetakan. Mana-mana stesyen-kerja yang perlu membuat cetakan, ianya dihantar melalui pelayan-fail. Pelayan-fail akan mengarahkan mana-mana pencetak yang tidak bekerja untuk membuat cetakan atau dimasukkan ke dalam senarai giliran.

6. Membolehkan komunikasi antara stesyen-stesyen-kerja di dalam satu rangkaian diwujudkan. Komunikasi antara stesyen disesuatu LAN dengan LAN yang lain boleh dibuat dengan menambah alat tertentu.

 

SISTEM RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

TOPOLOGI LAN

Cara komputer disambungkan antara satu sama lain adalah berbeza, dikenali sebagai topologi LAN. Terdapat 3 cara utama:

1. HEBAHAN

2. BINTANG

3. CINCIN

 

KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM LAN

STESYEN-KERJA

PELAYAN-FAIL (DEDIKASI/TIDAK DEDIKASI)

TITIAN

MEDIA

SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN

PAKEJ PERISIAN/BAHASA PENGATURCARAAN

 

 

STESYEN-KERJA

Sebarang komputer persendirian yang boleh menyokong perkakasan dan perisian yang dirangkaikan dalam LAN. Komputer persendirian itu juga membenarkan papan-antaramuka -LAN dopasangkan ke papan pemprosesannya(motherboard). Cara begini memungkinkan data dihantar dengan kelajuan lebih tinggi.

 

PELAYAN-FAIL

Satu atau lebih stesyen-kerja khas yang dilengkapkan dengan cakera-keras untuk dokongsi oleh kesemua stesyen-kerja. Di dalam cakera-keras diisikan dengan program pakej applikasi, bahasa pengaturcaraan data dan sebagainya. Perisian LAN akan membenarkan panggilan penggunaan fail-fail ini dari stesyen-stesyen-kerja. Fungsi begini diistilahkan sebagai pelayan-fail. Biasanya stesyen pelayan-fail terdiri dari mikrokomputer jenis yang lebih berkuasa. Pelayan-fail tidak-dedikasi ialah yang menjalankan tugas lain selain daripada tugas menyediakan fail seperti sebagi stesyen-kerja biasa dan pelayan-cetakan. Manakala Pelayan-fail dedikasi ialah yang menjalankan satu jenis tugasan sahaja iaitu menyediakan fail.

 

 

TITIAN

Merupakan stesyen-titian yang menyambungkan/penghubung antara rangkaian LAN bagi membolehkan komunikasi untuk berkongsi data dan program. Lihat gambarajah 5.

 

MEDIA

Cara menghubungkan antara perkakasan-perkakasan LAN. Terdapat 3 cara utama: Kabel "coaxial", "twisted-pair" dan "fiber-optics". Untuk dua cara pertama, transmissi dilakukan dengan cara signal elektrik dan kaedah "fiber-optics" menggunakan cahaya. 1. "Coaxial" - cara paling popular. Wayar pengalir di tengahnya dibuat daripada kuperam, dikelilingi dengan penebat seperti wayar telefon. 2. "Twisted-pair" - mengandungi sepasang wayar kuperam yang disaluti dengan plastikdan di "twisted" bersama, untuk mengatasi masalah medan elektrik yang mungkin terjadi. 3. "Fiber-optics” - mengandungi serabut kaca yang nipis, digunakan untuk memancarkan cahaya. Pancaran dilakukan disatu hujung dan keluar di hujung satu lagi. Ia boleh menghantar banyak data dengan kelajuan cahaya.

 

SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN

Membolehkan komponen-komponen di dalam rangkaian berfungsi, ia diperlukan untuk memenuhi permintaan fail, cetakan dan komunikasi antara stesyen. Contohnya Novell Advanced Netware, Kad Network(dalam komputer).

 

PAKEJ PERISIAN DAN BAHASA PENGATURCARAAN

Program yang dapat menyelesaikan sesuatu bidang-tugas. Contohnya Pemprosesan Perkataan, Helaian Elektronik, Grafik, Perakaunan dan sebagainya. Kebanyakan perisian digunakan tanpa apa-apa perubahan dari segi aturcaranya kecuali dBase III+ dan program seumpamanya..

 

FAEDAH-FAEDAH KOMPUTER RANGKAIAN

1. MEMUDAHKAN BACKUP

2. EMEL

3. MENGGUNAKAN PERISIAN KUMPULAN

4. BERKONGSI MAKLUMAT

5. BERKONGSI PERKAKASAN DAN PROGRAM

6. TELETEKS (BERITEKS)

7. VIDEOTEKS

8. INTERNET

9. FAX (FACSIMILE EXCHANGE)

 

SEKIAN